Tuesday, June 30, 2009

Kunjungan ke Langkawi

Di Lapangan Terbang Mat Sirat,Langkawi

A'kum....pada 15hb hingga 18hb Mac 2009, saya dan keluarga serta Mak dan Abah telah berkunjung ke Pulau Langkawi. Kami ke Pulau Langkawi dengan menaiki pesawat Air Asia AK6300 jam 7.50 malam dan sampai jam 8.50 malam. Di sana kami menginap di Citin Hotel, hotel budget aje...RM70/malam. Hari pertama....kami bersarapan di kedai mamak kat sebelah hotel dan saya berjumpa dengan En.Ismail untuk mengambil kereta sewa...proton waja RM60/sehari. Lepas dapat kereta destinasi pertama kami adalah Kereta Kabel Gunung Mat Chincang....tiket masih sama RM 15/dewasa dan RM10/kanak-kanak. Haaa kecut muka sorang-sorang.

Di pintu masuk Kereta kabel

Nur Aliya Ezani, 7bln....dah pergi Langkawi tuuuu

Lepas itu kami berhenti makan tengahari di Kedai Pak Din, tepi jalan masuk ke Kilim Geo Park,..perjalanan diteruskan ke pekan kuah...singgah di Idaman Suri...fulamak rambang mata den....kalau ikut hati nak borong sakan pinggan mangkuk kat situ...apakan daya naik flight tak boleh bawa barang banyak2. Habis ronda2 di Idaman Suri kami balik ke Hotel. Malam kami keluar makan di medan selera juga di Pekan Kuah. Seafood dia ok looh.Dah kenyang perut baru boleh tidur dengan aman. Bersedia untuk hari kedua

Hari kedua kami berkunjung ke kompleks bebas cukai, Langkawi Mall dan jeti Kuah.....bebas cukai tapi harga boleh tahan mahal...tak jadi nak beli. Dah jumpa barang yang berkenan tapi takde saiz pula..beli ajelah coklat2. Selepas itu kami berkunjung ke Kota Mahsuri untuk melihat makam Mahsuri dan juga kesan peninggalan sejarah disana. Selepas itu kami ke Pekan kuah semula untuk membeli produk2 gamat. Hari ketiga, iaitu hari terakhir dima kami bertolak pulang ke LCCT dari Airport Langkawi jam 9.00pg menaiki pesawat Air Asia AK6293. Saya merasa seronok dapat bersama2 keluarga beserta mak dan abah bercuti di Pulau Langkawi.

video

Saturday, June 13, 2009

Hari keluarga Sebelah Abah

Md Ramdhan, Hasliza Ahamad, Md.Aniq Iqbal & Nur Alia Ezani
Mak, Pn.Maznah Zakaria dan Abah, Abd Rahman Tafri

Our Band Of Brothers
Belakang; M.Sidek,Md.Ramdhan,Md.Faisal,Abd Razak
Hadapan; M.Saaban, Abah, Mak
Tiada dlm gambar; Siti Nur Aisah


Pada tarikh 13 Jun 2009, saya telah mewakili abah untuk menghadiri Hari Keluarga Sebelah Abah den....kehadiran keluarga kami cuma diwakili oleh saya, md ramdhan abd rahman, abang sulung dari 6 orang...manakala ang lain tidak dapat menghadirinya....

1. Mohd Faisal Abd Rahman -- Memasak untuk kenduri kahwin kat Banting
2. Muhammad Sidek Abd Rahman--Menghadiri majlis perkahwinan sepupu isteri dio, maklumlah baru kahwin.
3. Abdul Razak Abd Rahman--Kena kerja sabtu, service mesin moulding kat kilang senai
4.Siti Nur Aisah-Ikut sidek
5.Muhammad Saaban--Balik asrama kat sekolah URESS ala kat rembau tuuu..
Dan mak ada kursus, maklumlah tengah musim wabak h1n1 dan denggi.

Maka sayalah yang mewakili keluarga abah saya.
Kami sekeluarga sampai di P.D pada jam 8.00pg..disambut oleh Cik Mood...tepat jam 10.00pg kami memulakan acara sukaneka...antaranya, Bowling Pantai, Joran Tin Minuman, Isi Air dalam botol, Mencari Remis dan Membina Istana Pasir....acara tamat jam 1.40 dan kami makan tengahari sehingga jam 2.30ptg. Agenda pada petang tersebut adalah lawatan ke Muzium Lukut dan Muziam ATM, namun memandangkan masa yang agak singkat dan ramai ahli keluarga lain telah keletihan..lawatan tersebut dibatalkan.Pada sebelah malam acara diteruskan dengan mengadakan Barbaque di pantai PD.Kami mula memanggang jam 9.00 mlm sampai pukul 12tgh malam.