Tuesday, June 30, 2009

Kunjungan ke Langkawi

Di Lapangan Terbang Mat Sirat,Langkawi

A'kum....pada 15hb hingga 18hb Mac 2009, saya dan keluarga serta Mak dan Abah telah berkunjung ke Pulau Langkawi. Kami ke Pulau Langkawi dengan menaiki pesawat Air Asia AK6300 jam 7.50 malam dan sampai jam 8.50 malam. Di sana kami menginap di Citin Hotel, hotel budget aje...RM70/malam. Hari pertama....kami bersarapan di kedai mamak kat sebelah hotel dan saya berjumpa dengan En.Ismail untuk mengambil kereta sewa...proton waja RM60/sehari. Lepas dapat kereta destinasi pertama kami adalah Kereta Kabel Gunung Mat Chincang....tiket masih sama RM 15/dewasa dan RM10/kanak-kanak. Haaa kecut muka sorang-sorang.

Di pintu masuk Kereta kabel

Nur Aliya Ezani, 7bln....dah pergi Langkawi tuuuu

Lepas itu kami berhenti makan tengahari di Kedai Pak Din, tepi jalan masuk ke Kilim Geo Park,..perjalanan diteruskan ke pekan kuah...singgah di Idaman Suri...fulamak rambang mata den....kalau ikut hati nak borong sakan pinggan mangkuk kat situ...apakan daya naik flight tak boleh bawa barang banyak2. Habis ronda2 di Idaman Suri kami balik ke Hotel. Malam kami keluar makan di medan selera juga di Pekan Kuah. Seafood dia ok looh.Dah kenyang perut baru boleh tidur dengan aman. Bersedia untuk hari kedua

Hari kedua kami berkunjung ke kompleks bebas cukai, Langkawi Mall dan jeti Kuah.....bebas cukai tapi harga boleh tahan mahal...tak jadi nak beli. Dah jumpa barang yang berkenan tapi takde saiz pula..beli ajelah coklat2. Selepas itu kami berkunjung ke Kota Mahsuri untuk melihat makam Mahsuri dan juga kesan peninggalan sejarah disana. Selepas itu kami ke Pekan kuah semula untuk membeli produk2 gamat. Hari ketiga, iaitu hari terakhir dima kami bertolak pulang ke LCCT dari Airport Langkawi jam 9.00pg menaiki pesawat Air Asia AK6293. Saya merasa seronok dapat bersama2 keluarga beserta mak dan abah bercuti di Pulau Langkawi.

3 comments: